Kenyataan Tun M & Ngeh Koo Ham, Man On The Run, JHR-SG SEZ, Akta Parlimen Berpenggal Tetap

Release Date:

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 77 antaranya membincangkan tentang kenyataan Tun Mahathir dan Ngeh Koo Ham serta dokumentari Netflix: Man On The Run yang hangat diulas masyarakat sejak beberapa minggu lalu.

Selain itu, kami turut membicarakan tentang Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang baru dimeterai memorandum persefahamannya, serta kepututusan firma Jepun yang menarik diri daripada projek HSR.

Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang Akta Penggal Tetap Parlimen dan isu antarabangsa iaitu, tindakan AS & UK menyerang Houthi di Yaman serta Pilihan Raya Taiwan & Bangladesh.

Disertakan penulisan Shahril Hamdan berkenaan Langkah Dubai di South China Morning Post: https://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/3248261/malaysias-dubai-move-may-have-been-mirage-no-political-detente-sight dan pautan kepada episod The Thinking Muslim mengenai adakah masyarakat Islam akan menolak Presiden Biden ekoran isu Gaza dan Houthi
di https://youtu.be/VvlEhV3WGfk?si=OIkyYZ7DFlwTh_F4.


Selain itu, temui dan tonton sendiri program audio siar (podcast) kegemaran anda secara langsung di Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 24 (KL PodFest 24) pada 3 dan 4 Februari depan di PJPAC, One Utama!

Festival dua hari ini akan turut memberi peluang kepada para pengunjung mencuba sendiri pengalaman mengendalikan sesebuah audio siar melalui bengkel-bengkel serta aktiviti menarik lain yang disusun.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan utama oleh Keluar Sekejap pada Ahad, 4 Februari.

Ikuti Insta @Klpodfest untuk mengikuti jadual penuh festival yang diumumkan mulai hari ini. Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.klpodfest.com/.

Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi
+601119191783 atau email pada tajaan.ks@gmail.com.

Kenyataan Tun M & Ngeh Koo Ham, Man On The Run, JHR-SG SEZ, Akta Parlimen Berpenggal Tetap

Title
Kenyataan Tun M & Ngeh Koo Ham, Man On The Run, JHR-SG SEZ, Akta Parlimen Berpenggal Tetap
Copyright
Release Date

flashback