Generational End Game, Malaysia Di APEC 2023, Rombakan Kabinet Madani

Release Date:

Audio siar Keluar Sekejap Episod 67 yang menampilkan kolaborator, Dr. Ong Kian Ming antaranya telah membicarakan tentang prestasi Malaysia di APEC 2023 baru-baru ini.

Perbincangan tiga hos kali ini turut terarah kepada desas-desus serta keperluan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri.

Sedikit panas, kenyataan Peguam Negara yang baharu mengatakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, lebih dikenali sebagai undang-undang untuk generasi penamat merokok atau GEG sebagai tidak berpelembagaan, adalah dipertikaikan.

Episod ini turut menyertakan pautan hansard Parlimen pada 2022 yang menunjukkan wakil Peguam Negara pada ketika itu serta beberapa pakar undang-undang bersependapat bahawa GEG tidak bercanggah dengan perlembagaan negara.

Disertakan butiran-butiran yang dinyatakan oleh KJ tentang perbincangan berkaitan GEG :

Hansard - Mesyuarat JKPK RUU Kawalan Produk Merokok dan Tembakau - https://bit.ly/3QPpUpK

PENYATA - JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022- https://bit.ly/40J6ze

Generational End Game, Malaysia Di APEC 2023, Rombakan Kabinet Madani

Title
Generational End Game, Malaysia Di APEC 2023, Rombakan Kabinet Madani
Copyright
Release Date

flashback